Dear Muslims♥
✿Saturday, 26 November 2011 | 05:38 | 0 Students
Assalamualaikum kepada muslimin dan muslimah, Iman muda dan juga ustazah pilihan.SALAM MAAL HIJRAH !
Entri kali ni, memang dibuat khas untuk seluruh umat islam didunia ini. Tetapi paling khas untuk kelas saya, 5AL-GHAZALI dan juga rakan-rakan yang saya sanjungi.
Saya harap, pada esok hari akan menjadi permulaan hari dalam setahun ini, untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segalan kemungkaran yang dilaknat. Hayatilah dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. Semoga iman kita diperkuat, amalan dipertingkat, perjuagan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hjrah ini menjadi lebik baik dari tahun-tahun sebelum ini.
Ubahlah sikap kita yang dahulunya panas baran kepada sentiasa bersabar.
Perdekatkanlah diri kita kepada Allah SWT.
Perbaiki diri supaya hati menjadi jinak dengan Ilahi dan tidak sekali-kali menyombong diri.
Hijrahlah kita dari sikap tidak baik kepada sikap yang baik. Dari perangai yang molek ke yang lebih molek. Dari akhlak murni menjadi akhlak sufi.
Suka membuang masa juga perlu kita hindari, almaklum sekarang zamann IT. Sibuk berfacebook, bertwitter, ber... BLOGGER. "Omgadddd, itu aku!" *tutup muka pakai selimut*
Merajuk, bermasam muka, suka menunjuk, suka menyibuk, suka menyampuk, suka mengamuk. Hilangkanlah sifat itu jauh-jauh. Sesungguhnya, itulah aku yang dulu. DULU okayyy.
Namun terpulanglah kepada diri anda sendiri, kalau anda masih sayang dan mahu sehidup semati dengan perangai itu, apakan daya. Tunggulah saatnya pasti tiba !
Baiklah itu saja bagi hari ini. Semuga kita sama-sama dapat memperbaiki diri kita ♥♥
Assalamualaikum..



