ϟ Harry Styles




Andai Masanya Belum Tiba,Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta
Wednesday, 25 April 2012 | 06:15 | 0 Students
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinklan aku jatuh cinta,
Aku mohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan apa yang perlu aku lakukan,
Jauhkan aku dari kemaksiatan,
Jauhkan aku dari perkara yang tidak memberikan manfaat,
Dan jauhkan dari perkara yang Kau murkai,
Agar aku dapat jaga diri

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Jadikanlah aku yang mencitainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesunggahnya,cinta yang suci itu tidak buta

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaanMu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawwadah dalam rumah tangga



Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum sedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tidak mengundang murkaMu,
Agar kami lebih dapat menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi

Ya Allah,
Andai kata dia bukan untukku,
Andai kata dia bukan jodohku,
Maka gantikanlah yang lebih baik untuknya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar benar mampu memimpinnya ke syurgaMu,
Dan bantulah aku memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cintaMu.









Older Post Newer Post