#Maaf Hati,Aku Tidak Jujur Denganmu
✿Friday, 20 April 2012 | 21:51 | 0 Students
Assalamualaikum :))
Wahai Hati,
Kamu tahukan yang aku betul sayangkan kamu?
Kamu tahukan aku ingin menjaga kamusebaiknya?
Kamu tahukan segala rasa yang aku rasa selama ini?
Wahai Hati,
Maaf ya,
Kerana sudah banyak ali aku biarkan engkau menangis,
Sendiri.Tanpa disenangi kembali,
Aku ini pentingkan diri ye?
Aku mahu mereka gembira,
Tapi aku buat kamu tersiksa,
Terus-terusan disiksa
Maaf ya.
Wahai Hati,
Kamu tahu ada kalanya aku tidak jujur denganmu,
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan,
Ada saatnya kemahuanmu aku terutkan,
Bila mana keinginanmu aku abaikan,
Bukan bereti aku abaikan,
Tapi kerana aku sudah terlebih SAYANG!
Kamu harus aku jaga baik-baik,
Kamu tahu,bukan?
Wahai Hati,
Usah berasa sedih kala rasamu tidak ditunaikan,
Ingat siapa yang pegang kamu,
Semestinya bukan aku,
Tapi Dia,Tuhan kita yang menciptakan,
Bergantung saja pada Dia ya,
Bukankah itu sebaik-baik penjaga,
Yakin,itu kuncinya.
Wahai Hati,
Aku mahu kamu kuat,
Aku harao kamu tidak lagi rapuh,
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya,
Janji sama aku,Hati?
InsyakAllah kita sama-sama menjaganya.
Bagaimanapun hati,aku sangat kagum denganmu.Sungguh.Hebat allah yang menciptakan
bagaimana dia bisa membuat Hati sekuat iniuntuk menunggung beban yang sangat berat.


.jpg)

