ϟ Harry Styles




Kawin Akak :)
Monday 24 September 2012 | 09:25 | 0 Students
Assalamualaikum

Malam tu kami sekeluarga balik kampung tanpa ayah.Ayah kerja,jadi pagi sabtu baru ayah sampai.Kitaorang balik hari khamis malam jumaat.Bertolak dari nilai pukul sembilan malam sampai pukul tiga pagi.Malam tu balik dua kereta je,akak yang drive.Kalau saya drive memang tak sampai punya.Hahaha.
Satu lagi kereta abang hakim.

Hari jumaat je orang kampung dah mula datang.Pukul 7.30 dah tercekat depan pintu.Tapi saya masih lagi terbongkang tidur dekat bilik atas.Bila budak budak kecil naik je atas rumah,buat bising pulak.Masing masing sebut nama kami tiga beradik.Bermula dengan yang hujung sekali sudah semestinya saya,Angah,ibu suruh bangun.Acik ibu suruh bangun.Akak ibu suruh bangun.Dalam hati membara je,aku tahu la nak bangun kejap lagi aku bangun la.Ambil bantal peluk tarik selimut,sambung tidur.

Bangun tidur je,terkejut gila.Mak ai ramai gila makcik makcik ni.Hanya mampu mengintai dari atas sahaja.Dua hari sebelum kenduri ramai gila datang.

*Dalam rumah*

*Luar rumah*


Sehari sebelum majlis perkahwinan,lagi ramai datang.Penat gila,jumpa makcik jumpa nenek salam.Then semua cakap ni adik pengantin.Saya hanya mampu tersenyum dan senyum.

*Makcik makcik bincang apa tah*

Hari yang ditunggu.Ramai gila yang datang lebih la seribu orang.Maklum la nenek saya dah lama tak buat kenduri.Wahh tahun ni nenek saya dapat tiga menantu.Semua lelaki.Ehh cucu mak tok yang lelaki ni bila lagi nak kawin.Dah tak sabar ni,penat menunggu.

*Tahlil untuk arwah tok ayah*

Tok ayah?Siapa itu?Tok ayah tu datuk saya,ayah kepada ibu saya.Tok ayah dah lama tak ada dari saya kecil lagi.Cakap pasal tok ayah ni,teringat masa dulu dulu.Waktu saya kecil tok ayah selalu panjat pokok rambutan depan rumah then kupaskan rambutan untuk saya.Tapi saya tak makan sebab maktok akan kupas isi rambutan dulu,baru bagi saya makan.Sebab tu saya tak reti makam rambutan.Kena ada orang kupas isi rambutan tu baru saya makan.Ibu kata dulu saya manja sangat dengan tok ayah.Saya rindu tok ayah.Tok ayah kia jumpa dekat syurga ye,InsyaAllah.

*Katering je*



Ramai gila orang yang datang,maktok cakap ada la dekat 2ribu yang datang.
Mak ai,ramai gila patut la saya penat saya senyum.

*Dari senyum macam ini*

*Sampai la kene senyum macam ini.Lihat la tudungku yang sudah senget tu*


Kadang kadang tu cuci tulang jugak,sebab penat.Last last adik saya panggil,teman dia dekat depan sebab nak bagi gula gula dekat budak.Tapi saya ada alasan yang kukuh untuk masuk dalam rumah.Sebabnya sidia panggil saya.Katanya mengantuk.Nak suruh teman.Lagi satu sebab panas jadi dia nak kipas.Masuk bilik maktok dia kata nak tidur tapi tak tidur pun.Ni hah sidia yang saya maksudkan tu,si kacak lagi comel.


*Itu dia pakcik pakcik sibuk layan tetamu*

*Abang Basyeer sibuk layan budak budak*

*Seri pengantin masih ada lagi tu*

*Walaupun penat tetap senyum*

*khusyuk betul 2orang makcik yang berkaca mata tu*

*Sesi bungkus makanan*

*Makcik makcik sibuk membuat laksa untuk tetamu*

*Tu dia,hero bagi tumpah nasi ke lantai.Bukan sengaja ye*

*Baru sudah pack makanan*

*Kak farah*

*Damia ulya,Hamizah and Ashmal*

*Cucu maktok*

*Ni apa sal termenung sorang sorang ni*

*Yang ini InsyaAllah bulan 11 *

*InsyaAllah yang senyum lebar tu tahun depan*

Harap maaf,gambar pengantin hanya orang tertentu sahaja yang boleh tengok.Ehh,jangan lupa,nantikan kenduri kawin saya dengan dia.InsyaAllah lagi enam atau tujuh tahun lagi.Cehhh perasan gila saya ni.InsyaAllah nanti saya kawin saya jemput anda.Kalau saya kawin la,kalau tak kawin saya jemput jugak la.Tapi bukan kenduri saya la.Hehehe :)




Older Post Newer Post