ϟ Harry Styles




Bila Hati Berbicara.
Saturday 1 June 2013 | 04:40 | 0 Students
YaAllah 
Hanya padamu aku meminta dan hanya padamu aku berserah.
YaAllah
Hilangkan lah rinduku pada dia.
Sesungguhnya diriku ini sangat tidak berdaya menahan rindu ini.
AminYaRabbalAlamin




Rindu Bloggg :>
Saturday 27 April 2013 | 10:02 | 0 Students
Assalamualaikum,alhamdulilah saya masih lagi sihat dan bersyukur kerana Allah masih panjangkan umur saya.Rinduuuuuunya dekat blog.Serius lama gila tak bukak blog.Selalu usha blog orang je.Blog sendiri terbengkalai,Hehehe.Awak awak disana macam mana?Sihat?Kalau sihat alhamdulilah.
InsyaAllah bulan lima nanti saya balik negeri.Rindunya dekat orang negeri,lagi lagi ibu ayah.Study dekat sini kadang kadang tu ada jugak tensionnya,tapi buat tak tahu je.

Saya sejak duduk penang ni saya makin berisi,maklum la bangun pagi terus pegi kelas.Balik kelas kejenya makan tak henti henti.Dan wajib ada kicap,sampai makteh saya suruh saya kawin dengan tokey kicap.Dalam hati kata'saya tunggu seseorang yang insyaAllah tak lupakan saya dan Dia yang maha esa'.


Photo: Muka excited naik bot,haha (:

See saya rasa saya makin berisi tapi ada orang cakap saya dah kurus sikit,haha.Nampak sangat orang tu tipu.Time ni reunion makcik saya,makcik ajak saya jadi jangan ditolak.Mula mula tak tahu yang nak naik bot,bila dapat tahu,mak aiii.Mati la aku,dah la mabuk bila naik bot.Tapi alhamdulilah sekarang dah tak mabuk :) Jadi boleh naik selalu la kankan?Hehehe.

Masa saya duduk penang saya belajar macam macam.lagi lagi part duit.Hehehe,saya tahu yang saya ni kuat sangat melaburkan saham.Jadi bila duduk berjauhan dengan ibu ayah baru saya tahu bertapa pentingnya duit bagi saya.Sampaikan dalam purs tinggal rm3 baru nak pegi cucuk.Bertapa kedekutnya saya,hehehe.Sampai kawan kawan cakap'simpan duit tu sampai nak makan pun takde duit'kawan kawan nad bukan sayangkan duit tu,tapi nad memang sayang duit tu.Hahahaha.Takde la,nad ni jenis kedekut sikit,duit dalam bank yu nad rasa kalau boleh macam tak nak keluarkan je.Tapi bila fikir balik,ayah bagi duit untuk makan bukan untuk simpan.

Saya tak tahu kenapa bila saya tengok je gambar ni hati saya jadi sayu.Dan secara tiba tiba air mata saya mengalir.Depan anak makcik pulak tu.Malu saya,tapi serius saya kata saya pun tak tahu sebab apa.Dan untuk awak eika,maaf sebab ambil gambar ni tanpa kebenaran.









Bagaimana Menyayangi Seseorang?
Tuesday 13 November 2012 | 17:42 | 0 Students
Assalamualaikum (:
Senyum diatas untuk anda anda semua terutamanya awak Nh.Walaupun saya tiada lagi dihati awak.

Alhamdulilah dengan kekuatan yang saya ada saya cuba sedaya upaya untuk lakukan yang terbaik dalam hidup saya.Lepas apa yang terjadi,saya makin bersungguh-sungguh untuk belajar.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku kankan?
 

1. Menyayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan biarkan ianya tetap begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain. Tapi kalau mengubah dia kearah lebih baik, itu adalah digalakkan. Contohnya dari freehair kepada bertudung. 
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali mempermain-kan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga menginginkan begitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tetapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga. Sebab tu la cinta lepas kahwin lebih afdal
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan – lahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukan satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda mengahwininya dan berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan daya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus mencintai dirinya walau apapun keadaannya. Tapi ingat, jangan melebihi cinta kepada Allah
 



Monday 15 October 2012 | 03:06 | 0 Students
 
TIDAK berdosa JIKA KITA MENUNGGU ORANG YANG KITA SAYANG DAN ORANG YANG KITA CINTA.
 
TAPI berdosa JIKA KITA MERUNTUHKAN HUBUNGAN ORANG YANG KITA SAYANG DAN ORANG YANG KITA CINTA DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.




Friday 5 October 2012 | 08:47 | 0 Students
 
 
Apa hal kau buat aku tergoda tengok kau ni.Dah la comel gila.Rambut kau buat aku tertarik,smart gila.Nak suami rambut macam kau boleh?Omey gila,






| 08:38 | 0 Students
 
Kadang kadang kita tak sedar orang yang kita sayang dalam diam,dia juga menyimpan perasaan yang sama pada kita.
 
#Ia sanggat kejam apabila seseorang itu memberi seribu harapan pada seseorang itu,sedangkan dia tahu yang hatinya milik orang lain.
 
Sebab saya tahu awak sayang saya,InsyaAllah saya akan jaga jaga sayang itu.
 
 




Friday 28 September 2012 | 05:53 | 0 Students
Assalamualaikum :)

Okey disini saya nak maklumkan bahawasanya saya tak dapat tunggu awak balik.Sedih sangat sangat :'( Sorry ye,tak de rezeki nak jumpa,insyaAllah ada masa kita jumpe ye :')

Hari ni saya dapat tahu yang minggu depan dah kene daftar kolej.
"Nanti bila angah dah duduk sana takde sapa nak picit ibu"Nampakkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya disitu.Dalam hati kata"ibu ni buat aku tacing pulak"

Barang barang satu pun tak beli lagi,Rela ke tidak saya ni nak pergi.Macam tak rela je.Maklum la,tak pernah berjauhan dengan family.Itu pun sekali je seumur hidup masa nak pergi PLKN dekat johor.Pergi sana pun lambai ibu terus nangis,itu duduk tiga bulan.Ni dekat sana entah berapa tahun duduk pun tak tahu.

Dalam kereta masa nak pergi ambil adik ibu pesan.
"Angah nanti dekat sana jaga diri,jangan tinggal solat,quran tu rajin rajim baca."
"Ermmm" sayu je
"Dengar tak ni?"
"Ye dengar"
"Nanti dekat sana,tak tahu tanya jangan diam je,InsyaAllah ibu boleh tolong nanti masa angah dah tamat belajar nak bukak butik ke.InsyaAllah duit untuk anak anak semua ibu dah sediakan."
"Ye bu"


Mak aii,banyaknya pesanan.Belum pergi lagi dah nasihat banyak macam ni.Kalau hari daftar nanti macam mana?Mesti lagi banyakkan?Tak apa,pesanan ibu sentiasa saya ingat.

Semalam saya pergi pasar malam dengan adik.Dia bolah kata saya orang bandar sebab tak reti lintas jalan.Kuang asam punya adik.Ye la jalan raya tu besar mana saya reti.

"Cikgu kite cakap kalau nak lintas jalan raya,tengok kiri kanan takde kereta jalan lepas tu lari"
"Jalan?Mati la kalau jalan,baik lari je"

"Cepat la kereta takde"
"Lariiii"
"Angah ni memang orang bandar betul"
"Diam diam"
Hahahah :D





Older Post